Sunday, September 14, 2008

ISU PRAKTIKUM 1 - JURNAL

Dalam kebanyakan pelajar yang diselia, saya dapati ramai yang membuat template jurnal dengan ruangan terhad dan mencetak terlebih awal pada kertas A4 butiran berikut:
  • tajuk
  • peristiwa difokuskan
  • bisikan hati
  • persepsi dan falsafah ke atas peristiwa
  • kefahaman/kesedaran baru
  • cadangan untuk membaiki keadaan
  • tindakan akan datang/rancangan membaiki keadaan

Sebenarnya perbuatan ini sangat tidak digalakkan. Keadaan ini lebih parah jika mereka menjadi pengedar template kepada rakan-rakan praktikum di sekolah sendiri dan sekolah lain. Menulis jurnal bertujuan menguji kematangan pelajar memilih isu, mengaitkan pengalaman yang lalu dan membuat inferen. Bolehkan butiran ini diisi dalam 3-4 baris ayat?

Saiz ruangan juga kadangkala kurang sesuai. Menghadkan ruangan juga akan menjadikan pelajar tidak dapat mencurahkan idea dengan baik. Akhirnya jurnal menjadi kurang berkualiti dan jumud kepada ruang. Peliknya, terdapat pelajar yang menyalahkan template sekiranya ditegur kualiti jurnalnya sedangkan saya tidak pernah mengajar mereka mencetak template siap-bina ini.

Oleh itu tulislah jurnal dengan tangan supaya pelajar sendiri yang tentukan ruangan yang mereka perlukan.

Tuesday, September 9, 2008

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir mesti ditulis dalam perancangan RPH sebelum menulis isi pelajaran. Penulisan ini mesti disokong dengan aktiviti pengajaran pembelajaran. Kebanyakan pelajar hanya menulis untuk mengisi ruangan catatan supaya tidak kelihatan kosong tanpa melihat kesesuaiannya dengan aktiviti.
Antara bahan yang boleh ditulis dalam Kemahiran Berfikir ialah:
  • membanding dan membeza
  • membuat klasifikasi/ kategori
  • meneliti sebahagian dan keseluruhan
  • membuat sekuen
  • membuat ramalan
  • menyusul periksa andaian
  • membuat inferen
  • mengesahkan sumber maklumat
  • menjana idea
  • mencipta metafora
  • membuat keputusan
  • menyelesaikan masalah

NILAI - NILAI MURNI

Penulisan nilai murni kadangkala kurang penghayatan oleh pelajar. Ini boleh dilihat sekiranya terdapat 2-3 item dalam penulisan nilai-nilai murni seolah-olah penulisannya berdasarkan paksaan institut bukannya kerelaan menulisnya. Tambahan pula dalam pengajaran selama 2 masa, sepatutnya banyak nilai murni yang boleh diterapkan kepada murid.
Terdapat beberapa nilai-nilai murni yang boleh dimasukkan dalam ruangan nilai murni pada RPH. Antaranya:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan fizikal
10. Kebersihan mental
11. Kejujuran
12. Kerajinan
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat

Saturday, February 9, 2008

REFLEKSI RPH

Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia perlu ditulis mengikut format yang telah ditetapkan oleh IPG. Penyeliaan saya mendapati ramai pelajar tidak memahami maksud refleksi. Oleh itu penulisan refleksi tidak mencapai objektif yang sebenarnya. KLIK SINI

Penulisan refleksi yang selalu saya jumpa di dalam Buku Persediaan Mengajar pelajar adalah:

- pelajaran berjalan lancar seperti yang dirancangkan
- tiada masalah

Sebenarnya penulisan refleksi sebegini menunjukkan pelajar tersebut tidak dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Mereka takut menceritakan perkara baru yang mereka jumpa di bilik darjah. Mereka fikir dengan penulisan begitu pensyarah akan berbangga kerana mereka dapat mengatasi semua masalah. Sebenarnya mereka silap kerana penulisan refleksi ini dinilai dan diberikan markah yang rendah (rujuk penilaian refleksi rph).

INGAT!! Penulisan refleksi BUKAN UNTUK MENCARI SALAH PELAJAR!!!
Ia adalah satu penulisan profesional untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam bilik darjah.

REFLEKSI 1



REFLEKSI 2

Read this document on Scribd: Refleksi KH Ikan


Cuba fikirkan.. logik ke pelajar yang baru menjalani latihan praktikum mendapat kaedah mengajar yang terbaik yang tiada cacat-cela untuk digunakan di dalam semua kelas? Jawapannya MUSTAHIL. Kaedah pengajaran yang sama di dalam satu kelas tidak sesuai untuk kelas yang lain. Begitu juga mata pelajaran yang diajar perlu dibuat kajian kaedah manakah yang sesuai. Inilah yang perlu ditulis di dalam refleksi dan dibincangkan bersama pensyarah pembimbing.

Ramai juga pelajar yang menyatakan menghadapi kesukaran mengenal pasti isu untuk dituliskan dalam refleksi mereka. Sebagai panduan, cuba fikirkan sewaktu sesi P&P adakah terdapat perkara-perkara berikut:

P&P
- kelas bermula lewat
- hasil pembelajaran tidak tercapai
- terdapat aktiviti yang tidak dapat dijalankan
- tidak dapat menamatkan kelas (habis masa)

Murid
- masuk lambat
- mengacau murid lain
- masalah kawalan disiplin
- tidak mengambil bahagian secara aktif
- tidak menyiapkan latihan dalam masa yang diberi

BBM
- tulisan kecil
- tidak menarik
- mengelirukan
- tidak berfungsi
- tidak mencukupi

Pilih satu topik, jadikan penulisan refleksi.

Semoga penulisan ini dapat membantu pelajar IPG sepanjang minggu praktikum.

* Peringatan
Penulisan refleksi dibuat dalam Buku Persediaan Mengajar dan bukannya dimasukkan ke dalam folio pelajar. Refleksi juga mesti ditulis tangan bukannya dicetak dan ditampal ke dalam Buku Persediaan Mengajar.


PENILAIAN REFLEKSI RPH

BAGAIMANA SAYA MENILAI REFLEKSI ANDA?

Dari aspek penilaian pensyarah, saya akan memberi markah mengikut skala Panduan Penggunaan Borang PR1 dan PR1/P yang dibawa semasa menilai pelajar. Markah yang tinggi diberikan sekiranya penulisan refleksi RPH pelajar merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

- kebolehan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri
- menghubungkait sebab dan akibat terhadap tindakan yang diambil
- mengaitkan sebab dan akibat untuk dibuat inferens
- meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti
- merancang langkah susulan

Contoh penilaian KLIK SINI



Read this document on Scribd: Penilaian Refleksi
Contoh penilaian KLIK SINI

Read this document on Scribd: Penilaian Refleksi KH Ikan

Friday, February 8, 2008

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian adalah tugas yang perlu disempurnakan oleh pelajar IPG yang menjalani latihan praktikum di sekolah. Ia ditulis di dalam Buku Persediaan Mengajar pelajar yang dibekalkan oleh IPG masing-masing dan akan disemak, dipantau dan dinilai oleh guru pembimbing, pensyarah pemantau IPG, pensyarah pembimbing dan individu yang dibenarkan (dalam kes-kes khas). Ia disiapkan sebelum memasuki kelas yang akan diajar. Persediaan ini boleh dilakukan di sekolah ataupun di rumah. Banyak butiran yang terdapat di dalam Rancangan Pengajaran Harian ini (rujuk contoh). Perlu diingat, penulisan Rancangan Pengajaran Harian ini ditulis mengikut kehendak IPG. Oleh itu berbincang dengan pensyarah pembimbing tentang kehendak IPG ini. KLIK SINI


Read this document on Scribd: Rancangan Pengajaran Harian

JURNAL MINGGUAN

Jurnal Mingguan perlu ditulis mengikut format yang disediakan oleh IPG. Penulisan ini akan dimasukkan ke dalam folio pelajar untuk disemak oleh pensyarah pembimbing, pensyarah pemantau dan guru pembimbing sepanjang minggu praktikum.

Isu yang selalu berlaku dalam penulisan jurnal ialah:
- terlalu banyak isu
- penulisan tidak fokus
- cadangan bukan berdasarkan isu

Penyelesaian:
- pilih satu isu yang boleh dikembangkan
- fikirkan pengalaman lalu yang menghampiri isu (sekolah lama, kampung, masyarakat luar)
- kaitkan pengalaman tersebut dengan isu sekarang (lebih baik, tidak sesuai)
- fikirkan cadangan kepada isu tersebut.

Contoh isu:

1. Keselamatan
- pelajar, guru, kakitangan, bangunan
2. Kebersihan
- kantin, makmal, bilik guru, bilik air
3. Acara semasa
- sukan
- mesyuarat guru, PIBG
- majlis rasmi (dalaman atau ada kehadiran jemputan luar)


Contoh penulisan Jurnal Mingguan
KLIK SINI

PENILAIAN JURNAL MINGGUAN

Jurnal mingguan dinilai berdasarkan Paduan Penggunaan Borang PR1 dan PR1/P. Penilaian berdasarkan isu yang dipilih, keupayaan mengupas isu serta mencari jalan penyelesaiannya.

Contoh penilaian jurnal mingguan KLIK SINI

Read this document on Scribd: Penilaian Jurnal Mingguan