Thursday, April 2, 2009

HASIL PEMBELAJARAN

PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN (HP)

Hasil pembelajaran merupakan satu daripada aspek yang dinilai sewaktu menjalani latihan praktikum. Guru pelatih perlu melatih diri menulis hasil pembelajaran yang baik dengan memasukkan aspek A, B, C dan D.

A - Audience (khalayak)
B- Behaviour (tingkahlaku)
C - Condition (syarat)
D - Degree (darjah pencapaian)

Audience / Khalayak
Khalayak guru ialah murid atau pelajar

Behaviour / Tingkahlaku
Penulisan tingkahlaku mesti dalam bentuk eksplisit yang aktivitinya boleh dilihat dan didengar oleh khalayak.

Gunakan perkataan seperti
  • menyatakan,
  • menyebut,
  • menyenaraikan
Cuba elak dari menggunakan perkataan implisit seperti mengetahui dan memahami.

Condition / Syarat
Syarat dapat dilihat dengan perkataan seperti:
  • 'dengan betul',
  • 'dengan tepat' dan
  • 'dengan jitu'.
Selain itu syarat lain juga seperti:
  • meletakkan label pada carta,
  • menulis di jadual yang disediakan dan lain-lain lagi.
Degree / darjah pencapaian
Darjah pencapaian merujuk kepada penguasaan pelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar.
Penulisan seperti 5 daripada 6 merujuk kepada maksimum 6 item dalam isi pelajaran yang diajar.
Pemilihan 5 berdasarkan kepada nisbah melebihi 70% pencapaian.
Sekiranya pencapaian kurang 50%, bermakna aras pengajaran guru terlalu tinggi.