Sunday, September 14, 2008

ISU PRAKTIKUM 1 - JURNAL

Dalam kebanyakan pelajar yang diselia, saya dapati ramai yang membuat template jurnal dengan ruangan terhad dan mencetak terlebih awal pada kertas A4 butiran berikut:
  • tajuk
  • peristiwa difokuskan
  • bisikan hati
  • persepsi dan falsafah ke atas peristiwa
  • kefahaman/kesedaran baru
  • cadangan untuk membaiki keadaan
  • tindakan akan datang/rancangan membaiki keadaan

Sebenarnya perbuatan ini sangat tidak digalakkan. Keadaan ini lebih parah jika mereka menjadi pengedar template kepada rakan-rakan praktikum di sekolah sendiri dan sekolah lain. Menulis jurnal bertujuan menguji kematangan pelajar memilih isu, mengaitkan pengalaman yang lalu dan membuat inferen. Bolehkan butiran ini diisi dalam 3-4 baris ayat?

Saiz ruangan juga kadangkala kurang sesuai. Menghadkan ruangan juga akan menjadikan pelajar tidak dapat mencurahkan idea dengan baik. Akhirnya jurnal menjadi kurang berkualiti dan jumud kepada ruang. Peliknya, terdapat pelajar yang menyalahkan template sekiranya ditegur kualiti jurnalnya sedangkan saya tidak pernah mengajar mereka mencetak template siap-bina ini.

Oleh itu tulislah jurnal dengan tangan supaya pelajar sendiri yang tentukan ruangan yang mereka perlukan.

No comments: