Saturday, February 9, 2008

REFLEKSI RPH

Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Ia perlu ditulis mengikut format yang telah ditetapkan oleh IPG. Penyeliaan saya mendapati ramai pelajar tidak memahami maksud refleksi. Oleh itu penulisan refleksi tidak mencapai objektif yang sebenarnya. KLIK SINI

Penulisan refleksi yang selalu saya jumpa di dalam Buku Persediaan Mengajar pelajar adalah:

- pelajaran berjalan lancar seperti yang dirancangkan
- tiada masalah

Sebenarnya penulisan refleksi sebegini menunjukkan pelajar tersebut tidak dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Mereka takut menceritakan perkara baru yang mereka jumpa di bilik darjah. Mereka fikir dengan penulisan begitu pensyarah akan berbangga kerana mereka dapat mengatasi semua masalah. Sebenarnya mereka silap kerana penulisan refleksi ini dinilai dan diberikan markah yang rendah (rujuk penilaian refleksi rph).

INGAT!! Penulisan refleksi BUKAN UNTUK MENCARI SALAH PELAJAR!!!
Ia adalah satu penulisan profesional untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam bilik darjah.

REFLEKSI 1



REFLEKSI 2

Read this document on Scribd: Refleksi KH Ikan


Cuba fikirkan.. logik ke pelajar yang baru menjalani latihan praktikum mendapat kaedah mengajar yang terbaik yang tiada cacat-cela untuk digunakan di dalam semua kelas? Jawapannya MUSTAHIL. Kaedah pengajaran yang sama di dalam satu kelas tidak sesuai untuk kelas yang lain. Begitu juga mata pelajaran yang diajar perlu dibuat kajian kaedah manakah yang sesuai. Inilah yang perlu ditulis di dalam refleksi dan dibincangkan bersama pensyarah pembimbing.

Ramai juga pelajar yang menyatakan menghadapi kesukaran mengenal pasti isu untuk dituliskan dalam refleksi mereka. Sebagai panduan, cuba fikirkan sewaktu sesi P&P adakah terdapat perkara-perkara berikut:

P&P
- kelas bermula lewat
- hasil pembelajaran tidak tercapai
- terdapat aktiviti yang tidak dapat dijalankan
- tidak dapat menamatkan kelas (habis masa)

Murid
- masuk lambat
- mengacau murid lain
- masalah kawalan disiplin
- tidak mengambil bahagian secara aktif
- tidak menyiapkan latihan dalam masa yang diberi

BBM
- tulisan kecil
- tidak menarik
- mengelirukan
- tidak berfungsi
- tidak mencukupi

Pilih satu topik, jadikan penulisan refleksi.

Semoga penulisan ini dapat membantu pelajar IPG sepanjang minggu praktikum.

* Peringatan
Penulisan refleksi dibuat dalam Buku Persediaan Mengajar dan bukannya dimasukkan ke dalam folio pelajar. Refleksi juga mesti ditulis tangan bukannya dicetak dan ditampal ke dalam Buku Persediaan Mengajar.


1 comment:

Ndiha nzri said...

terima kasih atas perkongsian ilmu ini.moga Allah swt membalas jasa Tuan dengan rahmaT dan innayahNya